Separuh masa: JDT dahului
Pahang 2-1
01 November 2014 9:53 P
PASUKAN bola sepak Johor Darul
Ta'zim (JDT) berjaya menjaringkan
PASUKAN bola sepak Johor Darul
Ta'zim (JDT) berjaya menjaringkan gol pertama ketika menentang pasukan Pahang
pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala
Lumpur, malam ini. - GAMBAR: MD.SHAHJEHAN MAAMIN/UTUSAN
KUALA LUMPUR – Johor Darul
Ta’zim (JDT) bangkit dengan dua gol untuk mendahului Pahang 2-1 pada separuh
pertama perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil
sebentar tadi.
Dickson Nwakaeme meletakkan Tok
Gajah di depan seawal minit ke-14 apabila menanduk masuk sepakan bebas Azidan
Sarudin dari sebelah kanan pintu gol, namun selepas itu terpaksa bertahan
dengan asakan Harimau Selatan yang memburu gol penyamaan.
Penyerang dari Argentina, Jorge
Pereyra Diaz akhirnya mengembalikan JDT ke dalam persaingan apabila menyudahkan
tandukan ke belakang rakan senegara Luciano Figueroa pada minit ke-31.
JDT kemudian hanya memerlukan
tiga minit untuk mendapat gol kedua apabila Figueroa menyempurnakan sepakan
penalti setelah ketua pasukan Pahang, Razman Roslan menahan bola menggunakan
tangan untuk mengelakkan penyerang Harimau Selatan itu mendapat bola. – UTUSAN
ONLINE
- SUMBER:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/separuh-masa-jdt-dahului-pahang-2-1-1.19497#sthash.GpMIN9Cl.dpuf
No comments:
Post a Comment