KUANTAN - Presiden Persatuan
Bola Sepak Pahang (PBNP) Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menyifatkan
kejayaan merangkul Piala Sultan Ahmad Shah kelmarin sangat istimewa buat dirinya
dan penyokong Tok Gajah kerana ia hadir selepas mereka meraih Piala Malaysia,
musim lalu.
Menurutnya, lebih bermakna
kejayaan itu dilakar di depan penyokong sendiri selepas menewaskan LionsXII 1-0
hasil jaringan Mantias Ruben Conti.
"Kami menjulang piala dan
bermain di gelanggang sendiri (Stadium Darul Makmur) buat pertama kali.
Meskipun hanya tiga mata, namun ia sangat penting dan mempunyai nilai
tersendiri.
"Saya sangat berpuas hati
dengan cara jurulatih Pahang (Ronald Smith) mengendalikan pasukan," katanya.
Tengku Abdul Rahman berkata,
walaupun Pahang tidak menunjukkan prestasi sebenar, beliau berpuas hati dengan
komitmen pemain.
Sementara itu, Smith berkata,
persembahan kelmarin tidak menunjukkan potensi sebenar anak-anak buahnya dan
mahu mereka mempamer aksi lebih mantap.
"Saya tidak mengharapkan
semua itu dalam perlawanan pertama. Ada beberapa pemain dilihat gementar ketika
beraksi.
"Dengan lebih banyak
latihan serta perlawanan, saya percaya prestasi skuad ini akan menjadi lebih
baik," ujarnya.
Beliau juga turut melahirkan
kebimbangan apabila dua tonggak utama, Dickson Nwakaeme dan R.Surendran
mengalami kecederaan.
Kemenangan tersebut juga sangat
istimewa buat Conti, yang menganggapnya sebagai hadiah paling sempurna sempena
hari jadinya yang ke-24, kelmarin.
Ini adalah kali kedua Conti
muncul wira Tok Gajah. Dia turut menjaringkan gol tunggal ketika mereka
menjulang Piala Malaysia.
"Meskipun rindu dengan
keluarga dan sahabat handai, saya gembira di sini," katanya.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140119/su_05/Kemenangan-ini-sangat-istimewa#ixzz2qw31at8n
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment