GAMBAR fail menunjukkan penempatan
yang akan dibina di planet Marikh oleh calon-calon yang berjaya tiba ke planet
tersebut pada tahun 2024.
THE HAGUE - Sebanyak 1,058
calon telah dipilih daripada 200,000 orang yang memohon untuk dilatih dalam
misi untuk hidup di planet Marikh, menurut pihak penganjur, Mars One kelmarin.
Kesemua mereka yang berumur di
bawah 24 tahun dari 140 buah negara akan berlepas ke planet tersebut pada tahun
2024.
Sebanyak enam pelancaran roket
akan membawa mereka ke planet tersebut.
Sebahagian dana yang digunakan
untuk membawa mereka ke Marikh adalah dibiayai sebuah program realiti
televisyen.
Kesemua mereka akan mengharungi
penerbangan sejauh 55 juta kilometer selama enam bulan sebelum tiba di Marikh.
Para peserta itu tidak lagi
akan pulang ke Bumi kerana kos untuk penghantaran pulang terlalu tinggi.
Menurut Mars One yang beribu
pejabat di Belanda, semua calon itu telah diberitahu tentang pemilihan mereka
ke Marikh pada 30 Disember lalu.
Pihak Mars One itu menyatakan,
calon itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat pada diri mereka.
Antara kriteria itu ialah bijak
membuat keputusan, bebas dadah dan boleh berbahasa Inggeris.
"Malah, terdapat
permohonan satu pasangan yang dibuat menerusi rakaman video yang menunjukkan
mereka berada dalam keadaan bogel," kata pengasas bersama Mars One, Bas
Landsdorp.
Menurut ketua perubatan Mars
One, Norbert Kraft, calon-calon itu akan menjalani ujian fisikal dan emosi
dalam tempoh lebih dua tahun. - AFP
SUMBER: KOSMO ONLINE 4.1.14
No comments:
Post a Comment