LORONG ini memisahkan Malaysia
(kanan) dengan Indonesia di Kampung Sungai Haji Kuning, Pulau Sebatik.
"HIDUP kami di sini aman.
Biar apa pun yang terjadi termasuk rusuhan-rusuhan yang berlaku di Jakarta,
kami di sini tenang sahaja,"
Begitu jawapan Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sungai Melayu, Sebatik Malaysia,
Nuliung Bakri, 78, setelah ditanya keadaan di pulau itu apabila beberapa kali
berlaku rusuhan di Jakarta berhubung isu melibatkan dua negara.
Menurutnya tiada apa yang
hendak digaduhkan memandangkan rakyat kedua-dua negara yang berkongsi pulau itu
saling bergantung di antara satu sama lain.
NULIUNG Bakri menunjukkan pokok
mangga yang menjadi sempadan sementara Malaysia dan Indonesia di Kampung Sungai
Melayu.
"Di Kampung Sungai Melayu
ini, penduduknya sudah tidak kisah untuk keluar masuk ke sempadan tanpa
halangan. Malah kami solat Jumaat di wilayah Indonesia tanpa ada sekatan.
"Kami ini serumpun, malah
ada yang bersaudara. Kecoh macam mana pun di Jakarta, kami di sini tetap
menjalani kehidupan seperti biasa bagaikan tiada apa yang berlaku,"
katanya.
Sementara itu, Pengerusi JKK
Kampung Sungai Pukul, Juput Li Mailaji, 59, memberitahu, beliau berbesan dengan
masyarakat Sebatik Indonesia setelah anaknya jatuh hati dengan jejaka dari
seberang.
"Biar pun berbeza negara,
tetapi jarak antara kami dekat. Saya sering berkunjung ke rumah besan dan
begitu juga sebaliknya. Hubungan kami cukup rapat," katanya.
RUJUKAN:
http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140104/lk_05/Tiada-masalah-lepasi-sempadan#ixzz2pRDeXvVp
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment