Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK
sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR - Selepas
mengharungi banyak detik tidak menggembirakan sepanjang 2013, bintang penyerang
kebangsaan, Safee Sali (gambar) memasang tiga impian yang diharap dapat
dipenuhi pada tahun baharu 2014.
Menurut penjaring terbanyak
Piala Suzuki AFF 2010 itu, dia mahu melupakan episod pahit menghambat dirinya
sepanjang 2013 dan membuka lembaran baharu.
Impian pertama Safee tahun ini,
adalah mencari kebahagiaan dalam rumah tangga selepas melangsungkan perkahwinan
kali kedua pada 28 Disember lalu.
Perkara kedua yang diimpikan
pemain yang genap 30 tahun pada 28 Januari ini adalah memastikan, kariernya
yang suram ketika bersama Johor Darul Tazim (JDT) tahun lalu mampu kembali
bersinar.
Melengkapkan tiga impian Safee
tahun ini, dia berharap kedudukannya dalam skuad kebangsaan tidak tergugat
walaupun Harimau Malaya bakal bertukar teraju dengan Datuk Ong Kim Swee
bertindak sebagai jurulatih sementara menggantikan Datuk K. Rajagobal.
Apa yang terjadi biarlah
terjadi, saya akan jadikan ia sebagai satu coretan perjalanan hidup saya.
Bagi azam tahun baharu ini
saya pasang tiga impian, yang pertama saya mahu membuat yang terbaik bersama
pasukan yang saya wakili sekarang.
Kedua, ingin melihat karier
bola sepak saya semakin berkembang. Saya akan beri komitmen baik terhadap
pembangunan bola sepak negara.
Ketiga pula, saya harap
perjalanan peribadi saya menjadi lebih tenang," katanya semalam.
Penyerang sensasi negara itu
mengakhiri zaman dudanya tahun lalu adengan memilih wanita yang dikenali
sebagai Sasha, berasal dari negara seberang, Indonesia.
Safee pernah mewakili Pelita
Jaya dan Arema Cronous dalam Liga Super Indonesia pada 2011 hingga 2012, dan
kini dia menyambung kontrak bersama pasukan (JDT) untuk bersaing dalam Liga
Super Malaysia musim ini.
Meskipun mewakili JDT pada
musim lalu, namun dia seringkali diletakkan di bangku simpanan ekoran beberapa
kecederaan yang dialaminya.
Dalam pada itu, Sefee turut
bertekad merebut tempat bersama barisan Harimau Malaya memandangkan skuad
negara kini dipacu oleh Kim Swee.
Ketika pasukan Harimau Malaya
di bawah bimbingan Rajagobal, Safee sering dilabel sebagai anak emas kerana
sering menjadi pilihan ketua jurulatih kebangsaan itu biarpun melalui karier
yang suram bersama pasukan negeri.
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140102/su_01/3-impian-2014-Safee#ixzz2pDwvAxxH
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment