Awan aneh di luar sistem suria
Imej yang dirakam teleskop
Hubble menunjukkan awan aneh di dua planet luar sistem suria.
Los Angeles: Ahli kaji bintang
mengesan awan aneh di atmosfera dua planet di luar sistem suria, dengan dua
kertas penyelidikan menunjukkan jenis mendung di dunia asing itu mungkin
sebenarnya fenomena biasa berbanding yang disangka sebelum ini.
Namun ia bukanlah awan yang
sama dengan yang ada di Bumi dan besar kemungkinan terhasil daripada bahan
seperti zink sulfida atau potassium klorida.
Awan di Bumi, sebaliknya
mengandungi gabungan titisan air dan ais.
Dua pasukan penyelidik
berasingan memeriksa data daripada Teleskop Angkasa Lepas Hubbel berkaitan
dengan planet luar sistem suria GJ 1214b dan GJ 436b.
Terletak 42 tahun cahaya dari
Bumi, GJ 1214b adalah contoh utama planet super-Bumi manakala GJ 436b pada
jarak 36 tahun cahaya adalah Neptun panas.
Biasa wujud
Super-Bumi adalah planet dengan
jisim antara Bumi dan Neptun manakala Neptun panas, seperti namanya, adalah
versi panas planet Neptun. Ia mengekalkan orbit dekat dengan bintang tidak
sampai satu unit astronomi secara kasar jarak purata dari Bumi ke matahari,
atau sekitar 144 juta kilometer.
“Kami tahu awan mesti ada untuk
sebahagian planet, tetapi kini kami ada keputusan menunjukkan awan itu
sebenarnya biasa wujud,” kata pakar astronomi di Institut Teknologi California
di Pasadena, Heather Knutson, yang juga penulis utama kajian mengenai GJ436b
kepada Space.com.
Kaji komposisi planet
Komposisi planet dikaji apabila
ia melalui bintang. Apabila transit itu berlaku, molekul yang membentuk
atmosfera eksoplanet itu menghalang bahagian berbeza spektra cahaya.
Dengan merakamkan seksyen mana
yang membuat laluan dan yang mana tidak, pakar astronomi boleh menyimpulkan apa
yang membentuk planet berkenaan.
Bagi GJ 1214b, pemerhatian itu
diketahui kerana tidak mendedahkan petanda sebarang atmosfera langsung.
Ia bermakna awan tebal
menghalang cahaya atau planet berkenaan dihasilkan daripada molekul berat
seperti air, dengan graviti menekan bahan itu menjadi lapisan nipis dan mampat.
AGENSI
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 5.1.14
No comments:
Post a Comment