Bebola misteri petanda gempa
Bebola misteri yang menjadi
petanda gempa bumi.
Quebec: Ia dikaitkan dengan UFO
(Objek Terbang Tidak Dikenali) dan halusinasi serta dianggap sebagai petanda
dunia akan kiamat.
Saintis kini mendakwa berjaya
mendedahkan tanda tanya kewujudan bebola terbang misteri dikenali sebagai
‘cahaya gempa bumi.’
Cahaya itu muncul dalam
pelbagai bentuk sebelum atau ketika gempa bumi, mungkin petanda amaran awal.
Sebagai contoh, beberapa ketika
sebelum gempa bumi L’Aquila, Itali pada 2009, ada penduduk melihat kerlipan
cahaya 10 sentimeter di atas batu berturap Francesco Crispi Avenue di pusat
bandar bersejarah di situ.
Pada 2012, satu bebola biru
yang jatuh dari langit mengejutkan penduduk Riacho dos Pocos, negeri Maranhao
di Brazil tetapi ia tidak disusuli gempa bumi.
Pada 1988, bebola cahaya terang
ungu merah jambu bergerak menerusi udara di sepanjang Sungai St Lawrence
berhampiran bandar ini, 11 hari sebelum satu gempa bumi kuat berlaku.
Pada 1906, kira-kira 100
kilometer di barat laut San Francisco, sepasang suami isteri melihat aliran
cahaya bergerak di sepanjang bumi dua malam sebelum gempa bumi kuat yang
memusnahkan kebanyakan bandar itu.
Cahaya gempa bumi jarang
dilihat kemungkinan muncul pada atau berhampiran perselisihan kerak bumi yang
bersempadan oleh gelinciran biasa berbanding gelinciran lain.
Pembawa caj elektrik bergerak
diaktifkan tekanan, digelar lubang positif, terbang pantas di sepanjang kecerunan
tekanan.
Ketika sampai di permukaan, ia
mengionkan molekul udara dan menjana cahaya yang dilihat.
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 5.1.14
No comments:
Post a Comment