Ad

Monday, 13 January 2014

Beli, muat turun al-Quran dilulus JAKIM

2014/01/13 - 06:29:51 
 
Kuala Lumpur: Hanya al-Quran diluluskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), selamat untuk dibeli atau muat turun menerusi internet oleh pembeli.

Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Hashimah Nik Jaafar, berkata gejala pemesongan akidah menerusi penyebaran ayat al-Quran yang berleluasa menerusi internet dan aplikasi telefon pintar menyebabkan kandungan kitab itu dicemari.


Katanya, walaupun bidang kuasa KDN tertumpu kepada bahan penerbitan al-Quran saja, pihaknya masih melakukan semakan ke atas kitab versi digital jika ada aduan mengenai kesalahan kandungannya.

Ancaman baru

“Ini ancaman baru yang dihadapi umat Islam ketika ini. Justeru, KDN akan mengadakan satu berbincang khas bersama JAKIM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyelesaikan isu ini.

“Ia penting bagi menjaga kesucian al-Quran dan masyarakat Islam menjadi mangsa pihak yang dilihat tidak henti-henti untuk memesongkan akidah.


“Justeru, orang ramai diminta untuk tidak mempercayai bahan al-Quran yang diterima melalui internet atau sebarang aplikasi yang disediakan kerana khuatir ada kandungnya yang terpesong,” katanya ketika dihubung BH semalam.

No comments:

Post a Comment