NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
13 Januari 2014
Bobby: Bantu Polis lebih
penting Bobby (dua kiri) antara muka baharu dalam pasukan PDRM, musim ini.
Foto: Facebook PDRM FA.
PENYERANG PDRM, Bobby Gonzales
berkata hasrat membawa The Cops ke kancah Liga Super 2015 lebih penting
berbanding melengkapkan sasaran peribadi.
Bobby berkata, beliau tidak
bimbang sekiranya sasaran 15 gol diletakkan musim ini gagal dicapai kerana itu
bukan keutamaannya.
Bekas penyerang Sarawak itu
antara muka baharu yang direkrut Dollah Salleh bagi menghadapi kempen Liga
Premier, musim ini.
"Mana-mana penyerang sudah
tentu mahu muncul sebagai penjaring terbanyak. Begitu juga saya, namun ia bukan
satu tugas mudah kerana perlu bersaing dengan pemain lain terutamanya import.
"Siapa jaringkan gol bukan
masalah kerana apa yang penting pasukan dapat meraih kemenangan.
"Jika saya berpeluang
menyumbat gol, itu satu bonus dalam hidup saya," katanya.
Pada masa sama, Bobby berazam
untuk membantu PDRM menjulang sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan musim
ini.
"Saya percaya musim ini
PDRM boleh melangkah jauh. Dengan gabungan pemain baru dan lama, kami boleh
beri saingan kepada pasukan yang lebih berpengalaman.
"Cuma kami perlu
berwaspada bila berhadapan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) kerana mereka antara
calon pilihan juara musim ini," katanya.
Untuk rekod, Bobby telah
menjaringkan 22 gol dalam Liga Premier, tiga gol dalam Piala FA dan empat gol
dalam saingan Piala Malaysia musim lalu.
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE 13.1.14
No comments:
Post a Comment