Ad

Monday 13 January 2014

JDT laung amaran beri saingan sengit

NORSHIKIN MOHD SALLEH
13 Januari 2014
 Cesar Ferrando Jimenez
Cesar Ferrando Jimenez

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) melaungkan keyakinan untuk memberi saingan sengit dalam mengharungi kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2014 yang akan membuka tirai tidak lama lagi.

Pengurus merangkap Ketua Jurulatih JDT, Cesar Ferrando Jimenez berkata, anak buahnya kini sudah bersedia mengharungi kempen Liga-M.

Menurutnya, keyakinan itu dilaungkan selepas melihat tahap persediaan anak buahnya menerusi beberapa siri perlawanan ujian termasuk menentang kelab ternama.

“Saya gembira dengan persembahan ditunjukkan sepanjang siri perlawanan persahabatan sebagai peluang mengukur dan menilai tahap persediaan di kalangan pemain. Kini saya lebih jelas mengenai kondisi kedudukan pemain.

“Sepanjang tempoh ini khususnya dalam perlawanan persahabatan terakhir ini, saya tahu di mana untuk kedudukan formasi pemain dalam pasukan ini,” katanya  selepas perlawanan JDT bertemu Home United di Stadium Larkin, di sini, kelmarin.

Perlawanan itu menyaksikan JDT dan Home United sekadar melakar keputusan seri 2-2 selepas kedua-dua pasukan bergelut  meraih kemenangan.

Terdahulu, Harimau Selatan turut mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika berdepan kelab dari Liga Super Indonesia, Pelita Bandung Raya.

SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE 13.1.14

No comments:

Post a Comment