13 Januari 2014
City rampas takhta Edin Dzeko
Manchester City (R) meraikan gol menentang Newcastle dengan rakan sepasukan
semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris Liga bola sepak mereka di Stadium Saint
James 'Park di Newcastle, Britain, semalam.- Foto EPA
MANCHESTER City kembali berada
di puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas
Newcastle United di Stadium St. James' Park awal pagi semalam (waktu Malaysia).
Newcastle pula terus dirundung
malang apabila mencatat kekalahan kali keempat berturut-turut dan beraksi di
gelanggang sendiri gagal memberi kelebihan buat mereka.
Dua gol City dijaringkan
oleh Edin Dzeko pada minit kelapan dan
Alvaro Negredo pada minit ke-95.
Sementara itu, Luis Suarez yang meledak dua gol berjaya
membantu Liverpool membelasah Stoke City 5-3.
Keputusan itu sekali gus
membolehkan skuad bimbingan Brendan Rodgers melonjak ke tangga keempat Liga
Perdana Inggeris.
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE 13.1.14
No comments:
Post a Comment