13 Januari 2014
United pamer taring
Lega...Reaksi Antoni Valencia (tiga kanan) selepas meletakkan United di depan
pada minit ke-47.
MANCHESTER United menjelmakan
kembali sentuhan kemenangan selepas menderita akibat tiga kekalahan
berturut-turut dengan kemenangan 2-0 dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas
Swansea City awal pagi semalam sekali gus menebus kekecewaan ketika tumpas
dalam saingan Piala FA minggu lalu.
Rentak United tidak terjejas
meskipun turun tanpa Wayne Rooney dan Robin van Persie apabila Antonio Valencia
dan Danny Welbeck mengambil alih selaku penjaring.
Kemenangan itu menyaksikan United
mengumpul 37 mata hasil 21 perlawanan untuk berada di tangga ketujuh liga.
Keputusan itu sememangnya
memberi nafas lega kepada Moyes yang tertekan selepas permulaan hambar pada
awal tahun termasuk kekalahan di tangan Tottenham Hotspur di Old Trafford,
diikuti kekalahan kepada Swansea pada saingan Piala FA dan kemudiannya
kecundang kepada Sunderland pada peringkat pertama separuh akhir Piala Liga.
“Satu keputusan baik. Apa pun,
saya harap kami akan menjadi lebih baik pada perlawanan akan datang.
"Dan peningkatan ini harus
dikekalkan bagi membuktikan bisa United masih belum hilang," katanya.
Selain itu, Moyes juga menepis
khabar angin mendakwa van Persie direhatkan enam minggu susulan kecederaan.
“Saya tak tahu dari mana timbul
khabar angin itu. Setahu saya, itu dakwaan yang salah," katanya.
SUMBER : SINAR HARIAN ONLINE 13.1.14
No comments:
Post a Comment