SEEKOR anak ikan paus sirip
sepanjang 12 meter yang masih hidup dijumpai terdampar di kawasan Pantai
Kampung Kuala Tatau, Bintulu, Sarawak baru-baru ini.
SEJAK kebelakangan ini,
fenomena hidupan laut terdampar di sekitar kawasan pantai peranginan sering
terpampang di dada-dada. Bagi segelintir pihak, kejadian itu dilihat sebagai
satu 'bahasa' alam yang mengatakan akan berlaku suatu bencana tidak lama lagi.
Pada Disember tahun lalu,
negara telah dikejutkan dengan rakaman video yang tersebar luas di laman
YouTube. Rakaman selama dua minit 15 saat itu memaparkan ribuan ikan tamban
melompat-lompat naik ke darat seperti ketakutan.
Kejadian pelik di pesisir pantai
Kampung Tambisan, Lahad Datu, Sabah pada 24 Disember lalu, kira-kira pukul 8
pagi itu telah mengubah warna landskap pantai kepada putih. Ia juga mencetuskan
keresahan dalam kalangan penduduk kampung yang mendakwa bencana tsunami mungkin
berlaku.
Keadaan dilihat bertambah buruk
dengan perairan Sabah yang sememangnya terdedah dengan kemungkinan berlakunya
bencana alam seperti tsunami. Namun begitu, pelbagai langkah awal telah diambil
bagi mengelakkan kejadian itu berlaku, termasuk pemasangan tiga boya amaran
tsunami di luar garis pinggir laut Malaysia.
Boya yang berperanan untuk
memantau dan mengesan ancaman tsunami itu dipasang di Pulau Rondo, Pulau
Layang-Layang dan Pulau Sipadan, Sabah merupakan antara komponen utama Sistem
Amaran Awal Tsunami
paus ini mati terdampar di
pantai selatan Bantul, Yogyakarta, Indonesia pada tahun 2012.
Kebangsaan (SAATNM). Sistem
amaran yang dipasang kerajaan sebagai sistem amaran awal berikutan tragedi
tsunami pada 26 Disember 2004 di Lautan Hindi yang melibatkan negara-negara
seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Myanmar, Maldives, Somalia, India dan
Sri Lanka itu bertujuan memberi maklumat kepada pihak berkuasa meteorologi
tentang gempa bumi yang berlaku di wilayah berhampiran Malaysia.
Menafikan
Bagaimanapun, Jabatan
Meteorologi Sabah menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya fenomena pelik di
pantai Kampung Tambisan, Lahad Datu itu sebagai petanda tsunami bakal berlaku.
Fenomena itu mencetuskan pesta
ikan dalam kalangan penduduk setempat yang mengambil kesempatan mengaut rezeki
tambahan untuk dibawa pulang.
Difahamkan ikan tamban amat
popular dalam kalangan penduduk sekitar dan nelayan. Terdapat juga sebahagian
besar ikan tersebut dijual di sekitar daerah tersebut pada harga antara RM3
hingga RM15 sekilogram.
Selang empat hari selepas
kejadian tersebut, dalam satu laporan akhbar tempatan, berlaku penemuan bangkai
hidupan laut bersaiz gergasi di kawasan peranginan Pasir Panjang yang terletak
di Kampung Santubong, Sarawak.
Bangkai hidupan laut yang masih
tidak diketahui spesiesnya itu mempunyai panjang lebih empat meter ditemui oleh
pekerja resort di sana, Mohd. Hamzah Man pada pukul 7 pagi.
Difahamkan, bangkai hidupan
laut itu yang hampir mereput itu telah dipukul ombak kuat ke tepi pantai.
Dalam pada itu, baru-baru ini
juga digemparkan dengan penemuan seekor anak ikan paus yang masih hidup yang
mempunyai panjang kira-kira 12 meter terdampar di Pantai Kampung Kuala Tatau,
Bintulu, Sarawak.
Kehadiran ikan paus yang
dipercayai jenis paus sirip itu disedari oleh penduduk yang tinggal berdekatan
pantai berkenaan. Apa yang menyedihkan, ketika mamalia ini ditemui orang awam,
beberapa bahagian kulitnya didapati menggelembung akibat terdedah dengan
sinaran matahari dan terdapat kesan luka di badannya.
PENDUDUK tempatan berkumpul
berdekatan dengan ikan paus yang ditemui di Kuala Penyu, Sabah dalam usaha
membebaskannya semula ke pantai.
Petanda
Pengarah Institut Akuakultur
Tropika, Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Emeritus Dr. Mohd. Azmi Ambak menolak
dakwaan fenomena ikan terdampar di pantai yang berlaku baru-baru ini sebagai
satu petanda berlakunya bencana alam.
"Kejadian pelik ini
berlaku akibat pemakanan tanpa had organisma dalam air, plankton, yang
merupakan sumber penting makanan bagi hidupan akuatik termasuk ikan tamban.
"Pengambilan tanpa had itu
memberikan kesan toksin dalam organ hidupan laut tersebut semasa proses
penapisan makanan. Ini secara tidak langsung telah mengganggu deria ikan
tersebut dan menyebabkan mereka naik ke darat," jelasnya ketika dihubungi
Infiniti baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd. Azmi
berkata, air pasang besar atau alunan ombak memberi kesan terhadap haiwan
tersebut.
"Ia juga menyebabkan
mamalia laut ini hilang panduan arah di laut dan terdampar di pantai. Apabila
keadaan ini berlaku, haiwan tersebut sukar untuk kembali ke laut dan berada
dalam keadaan nyawa-nyawa ikan," ujarnya.
KOSMO ONLINE 26.1.14
No comments:
Post a Comment