Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
sukan@kosmo.com.my
AFANDI memberi jaminan bahawa
jadual Liga Malaysia musim ini tidak akan dipinda.
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia
(FAM) tidak akan merombak jadual perlawanan saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi
musim 2014 biarpun dilanda kehangatan ‘demam’ Piala Dunia.
Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah berkata, sebaliknya
saingan
Liga M 2014 hanya akan
direhatkan seketika bagi menghormati bulan Ramadan.
Ini kerana, beliau yakin
sambutan penonton terhadap liga tempatan tidak akan terjejas biarpun bertembung
dengan pusingan akhir Piala Dunia di Brazil kelak.
“Saingan liga hanya direhatkan
sepanjang Ramadan (seperti mana sebelum ini).
“Perbezaan masa di sini dan
Brazil juga bukannya sama, jadi saya percaya bulan itu bakal menjadi ‘bulan
bola sepak’ buat kesemua peminat,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM,
Kelana Jaya semalam.
Tahun ini, tarikh 1 Ramadan
1435 Hijrah bakal disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada 28 Jun iaitu
16 hari selepas tirai Piala Dunia 2014 disingkap di Arena Sao Paulo, Brazil
yang menemukan tuan rumah dengan Croatia pada 12 Jun.
Perlawanan akhir Piala Dunia di
Stadium Maracana, Rio de Janeiro pula dijadual pada 13 Julai sementara umat
Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 28 Julai iaitu lima hari
selepas tirai temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland dibuka.
Mengulas lanjut, Afandi yang
juga Naib Presiden FAM turut mengesahkan tiada sebarang pindaan jadual liga
domestik dibuat menjelang temasya Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan
dari 19 September hingga 4 Oktober.
“Ketika itu hanya saingan Piala
Malaysia sedang berlangsung, jadi kita akan semak semula jika ia menjejaskan
persiapan skuad Harimau Muda A yang akan beraksi di Piala Asia nanti.
“Buat masa ini, kesemua
perlawanan kekal berlangsung seperti mana jadual asal,” jelas beliau.
SUMBER: KOSMO ONLINE 4.1.14
No comments:
Post a Comment