Ad

Sunday 12 January 2014

Kerajaan nafi harga RON95 akan dinaikkan

12/01/2014 3:59pm
 
AHMAD HUSNI
IPOH - Kerajaan menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab bahawa harga RON95 akan dinaikkan kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga bahan bakar itu selepas mengumumkan pengurangan subsidinya pada September tahun lalu.Sebaliknya, beliau berkata, pihak kerajaan telah men jalankan satu kajian untuk mengetahui sejauh mana impak kenaikan harga minyak berkenaan terhadap negara dan juga rakyat.

"Kerajaan tidak membuat sebarang keputusan untuk menaikkan harga RON95 seperti didakwa. Tiada pengurangan subsidi terhadap bahan bakar itu dan kami tidak pernah membincangkannya. - KOSMO!

SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14

No comments:

Post a Comment