Ad

Sunday 12 January 2014

Laluan Jerantut-Kuala Lipis ditutup disebabkan banjir

12/01/2014 2:07pm
JERANTUT - Laluan Jerantut-Kuala Lipis ditutup kepada semua jenis kenderaan kerana dinaiki air sejak petang semalam.

Tiga laluan lain pula hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja iaitu Pulau Tawar ke Durian Hijau, Jerantut-Kuala Tahan di Kampung Paya Garuk dan Jerantut- Maran berhampiran Simpang Jengka 8, di sini.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azid Ismail berkata, semua pengguna yang melalui jalan tersebut diminta mematuhi arahan pihak berkuasa dan peka dengan papan tanda kawasan banjir.

"Ada beberapa jalan di kawasan kampung turut dinaiki air iaitu Kampung Belukar di Kuala Tahan, Kampung Gintong dan Tembeling Tengah

"Pengguna jalan raya diingatkan agar tidak meredah jalan yang dinaiki air sesuka hati bagi mengelak perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini. - KOSMO!

SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14

No comments:

Post a Comment