Ad

Sunday 12 January 2014

Lebih 1,000 dipindahkan di Kelantan

12/01/2014 1:42pm
 KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir dipindahkan di dua jajahan di Kelantan pagi ini terus bertambah kepada seramai 1,050 orang berbanding seramai 897 orang malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata, Jeli

merupakan mangsa teramai yang dipindahkan iaitu seramai 999 orang yang kini ditempatkan di empat buah pusat pemindahan.

"Mereka dipindahkan di Sekolah Kebangsaan Legeh, Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Lanas, Masjid Kampung Gemang dan Masjid Sungai Satan," katanya.

Di Tanah Merah pula mereka yang dipindahkan hanya membabitkan seramai 51 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kulim.

Katanya kesemua mangsa itu terdiri daripada 178 buah keluarga yang

dipindahkan berikutan limpahan air Sungai Golok di Jenob sejak pagi semalam. - Bernama

SUMBER : KOSMO ONLINE 12.1.14

No comments:

Post a Comment