Makam ‘firaun hilang’ ditemui
Keranda Firaun Sobekhotep l
ditemui di Abydos di pinggir Kaherah.
Kaherah: Sekumpulan pakar
arkeologi Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat berjaya menemui rangka Raja
Senebkay, yang dikenali sebagai ‘firaun hilang’ di Abydos, wilayah Sohag,
kira-kira 500 kilometer ke selatan Kaherah baru-baru ini.
Tidak pernah disebut di dalam
mana-mana sejarah Mesir kuno, nama Raja Senebkay tercatat di dalam bentuk
tulisan hiroglifik yang ditemui bersama barangan yang menggambarkan ia milik
keluarga diraja,” kata kementerian dalam satu kenyataan.
Kenyataan berserta gambar
penemuan itu juga menunjukkan keranda batu yang rosak teruk di dalam bilik
pengebumian tanpa bumbung.
Dinding batunya dihias dengan
imej berwarna. Rangka tulang firaun yang disusun diatas kain putih turut
ditunjukkan.
“Pada asalnya ia di awet tetapi
tubuhnya rosak dan terpisah akibat aktiviti pencuri makam zaman purba,” jelas
kenyataan bergambar itu.
SUMBER :BERITA HARIAN ONLINE
19.1.14

No comments:
Post a Comment