Ad

Sunday, 19 January 2014

Proton lancar varian ketiga Suprima S

Proton lancar varian ketiga Suprima S
Lukman (kanan) bersama model Suprima S Super Premium pada majlis pelancaran model itu di Karnival Jualan Proton di Ayer Keroh, semalam. - Foto Muhammad Hatim Ab Manan
Ayer Keroh: Proton Holdings Bhd semalam melancarkan varian ketiga terbaharu bagi model Suprima S yang dijual pada harga atas jalan RM87,929.

Dikenali sebagai Suprima S Super Premium, ia disasarkan kepada pelanggan yang meminati model sporty.


Timbalan Ketua Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Datuk Lukman Ibrahim, berkata pihaknya menetapkan sasaran jualan yang sama bagi varian berkenaan, iaitu sebanyak 750 unit sebulan.

Katanya, sejak Suprima S dilancarkan Ogos lalu, syarikat itu sudah menjual lebih 2,000 unit model berkenaan.

Model paling komprehensif

“Kami yakin varian terbaru ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan kerana ia dilengkapi bodykit R3 yang sporty serta beberapa aksesori tambahan lain.

“Ia juga adalah model Proton paling komprehensif dari segi prestasi, gaya, keselamatan, pemanduan dinamik dan kepuasan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran di Karnival Jualan Proton di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka di sini, semalam.
Ogos lalu, Proton melancarkan Suprima S ditawarkan dalam dua varian, iaitu Eksekutif dan Premium dengan masing-masing dijual pada harga atas jalan bermula RM76,338 dan RM79,638.

Varian terbaru Proton itu menggunakan enjin turbo Campro 1.6 Liter dengan tujuh kelajuan ProTonic CVT yang mampu menghasilkan kuasa dan kilasan sama yang didapati pada jentera 2.0 Liter.

SUMBER :BERITA HARIAN ONLINE 19.1.14

No comments:

Post a Comment