Ad

Monday, 20 January 2014

Ops harga 2014 dilancar serentak

HASAN (kanan) menyerahkan notis di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 kepada seorang penjual ayam di Seremban semalam.


SEREMBAN - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan Ops Harga 2014 serentak di seluruh negara mulai semalam dengan membuat pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa di tiga sasaran utama iaitu pasar basah, kedai runcit dan restoran.
Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, KPDNKK serius dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
"Operasi ini memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu penandaan harga, pengeluaran notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta memeriksa alat timbang dan sukat," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai Ops Harga 2014 di Pasar Besar Seremban di sini semalam.

AHMAD BASHAH menguji sukatan pada alat penimbang seorang peniaga di Pasar Besar Alor Setar semalam.


Beliau berkata, Ops Harga 2014 melibatkan 1,800 pegawai penguat kuasa dan 1,100 pegawai pemantau harga.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak untuk membantu kementerian dalam memastikan kawalan harga dipatuhi.
"Saya juga meminta pengguna supaya membuat aduan kepada KPDNKK jika terdapat pihak yang menaikkan harga dan sebagainya. Saya ingin mengingatkan peniaga agar jangan sewenang-wenangnya menaikkan harga barang," katanya.
Di Alor Setar, Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kenaikan harga barang yang keterlaluan turut disumbangkan oleh sikap peniaga yang terpengaruh dengan gembar-gembur pihak tidak bertanggungjawab melalui pelbagai saluran teknologi terkini.
http://www.SUMBER.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0121&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz2qzvNj1QC 

No comments:

Post a Comment