Mandi sebelum subuh mesti
sejukkan.Tapi wow kebaikannya tetap
ada.Betul tak yang pasti tak lewat solat
subuh.Jom sama2 kita amalkan yer....
Menurut kajian sains, kandungan
gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga
amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia
bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh
badan anda. antara manfaatnya ialah :
1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda
akan memasang “water heater” untuk mendapatkan air yang hangat dan
menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di
bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah
mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak
mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda
lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda
juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia
akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat
meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
4. Mengurangkan risiko darah
tinggi
untuk anda yang memiliki
penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda
mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan
selalu, penyakit anda akan pulih.
5. Mengurangkan tekanan serta
tenang
air yang sejuk akan melancarkan
kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami
depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah
tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan
meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih
banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu,
anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit…
No comments:
Post a Comment