Bahaya mee segera
Ketahui bahaya makan mee segera
pada tubuh badan-mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan
dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan
air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang
bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..
Namun begitu tahukah anda, di
sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu
sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara
berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut
mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini
mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah
pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG
mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit
kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.
Selain itu, kandungan dioxin
dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk
mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan
kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan
menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik
memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee
segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan
kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?
Kanak2 yang berumur bawah 5
tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee
segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap
bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses
pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera
ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.
136 bahan penambah
kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex,
piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada
136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam
makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi
natrium yang tinggi.
Satu paket mi segera sahaja
boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400
mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi
segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng
dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat
Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih
daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih
daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet
2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran
Nov-Dis 2010.
Ketahui bahaya makan mee segera pada tubuh
badan
10 Ramuan Melampau Dalam Mi
Segera:
Adakah mi segera makanan
sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini
sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?
Berikut beberapa ramuan yang
mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.
1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
2) Asid Tartarik: Bahan kimia
yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun
berbanding 100% alkohol tulen.
3) Kalsium Oksida: Digunakan
rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
4) Tertiary Butylhydroxyquinone
(TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik
api).
5) BHT: Risiko karsinogen dan
kesan berbahaya kepada ginjal.
6) Propyl Gallate: Satu
xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada
pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.
7) Pentasodium triphosphate:
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak
untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum,
aplikasi lombong dan rawatan air.
8) Propylene Glycol: Pelarut
sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan
pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik
dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan
buah pinggang.
9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh,
syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin
tahan panas.
10) Pewarna tiruan (contohnya:
Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam
kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan
pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
SUMBER: http://kartikel.com/news/119883/ketahui-bahaya-makan-mee-segera-pada-tubuh-badan
No comments:
Post a Comment