REVINGTON (tiga dari kiri)
berjabat tangan dengan Nur Azmi selepas mengadakan sidang akhbar khas mengenai
keputusannya meletakkan jawatan selaku jurulatih skuad senior hoki negara di
Bukit Jalil semalam.
'JODOH' Paul Revington bersama
Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) tidak bertahan lama selepas pengendali
kelahiran Afrika Selatan itu sah melepaskan jawatannya berkuat kuasa semalam.
Biarpun enggan mengulas lanjut
punca sebenar beliau meletakkan jawatan, Revington sekadar memberikan
penjelasan masalah kesihatan memaksanya berbuat demikian.
Bagaimanapun, pengendali
berusia 41 tahun itu tetap meluahkan rasa sedih apabila mengakui terpaksa
melepaskan jawatan demi kebaikan semua pihak.
"Saya bertarung dengan
penyakit yang berkaitan tekanan tinggi sejak Jun tahun lalu. Ia memberi- kan
kesan kepada kesihatan dan emosi saya. Amat sukar untuk saya menerangkan lebih
lanjut mengenai masalah ini.
"Tahun ini merupakan tahun
yang getir buat Malaysia. Saya akan menjadi seorang yang mementingkan diri
sendiri jika tidak melepaskan jawatan ini kerana dengan keadaan sekarang, saya
tidak mampu memberikan seratus peratus yang terbaik kepada pasukan.
"Memang saya akui kecewa
kerana terpaksa berundur daripada tugas ini.
"Saya akan terus
memberikan bantuan dan sokongan kepada MHC sekiranya diperlukan," kata-
nya pada sidang akhbar khas di Pejabat MHC di Stadium Hoki, Bukit Jalil
semalam.
Sementara itu, Timbalan
Presiden MHC, Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pengganti kepada Revington telah
diputuskan sele- pas mengadakan perbincangan dengan Presiden MHC, Tengku
Abdullah Sultan Ahmad Shah kelmarin.
Jelasnya, penolong jurulatih
yang baru dilantik baru-baru ini, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dinaikkan
pangkat menggantikan tempat bekas jurulatih Ireland itu dan dibantu oleh Nor
Azlan Bakar dan K. Gobinathan.
Jawatan ketua jurulatih skuad
Projek 2016 pula akan digalas oleh rakan karib Revington, Arul Selvaraj.
"Ini merupakan langkah
terbaik dilakukan Revington. Beliau menyerahkan surat peletakan jawatan lebih
awal bagi memboleh- kan kami dapat membuat persia- pan lebih awal terhadap
pasukan.
"Situasi ini juga tidak
memberikan tekanan kepada pihak MHC dan sasaran kami tetap tidak berubah iaitu
kedudukan 10 terbaik pada Piala Dunia 2014 dan pingat emas Sukan Asia September
depan,"
KOSMO ONLINE 21.1.14
No comments:
Post a Comment