Petua Islam Untuk Menurunkan
Darah Tinggi
1. Buat 2 rakaat solat hajat
mohon pada Allah s.w.t.
2. Ambil beberapa ulas bawang
putih, mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi dan masukkan ke dalan
segelas air. Minum 3 kali sehari.[1]
Petua Merawat Penyakit Darah
Tinggi
Post entry kali ni adalah satu
usaha alternatif bagi pengidap darah tinggi... boleh la pilih salah satu dari
petua ini... Semoga usaha yang dibuat dapat berhasil dan menambahkan tahap
kesihatan pada diri.
Petua 1
Ambil seikat daun kucai. Tumbuk
lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi
selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.
Petua 2
Perahkan buah mengkudu masak
dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu .
Buatlah selama seminggu berturut-turut.
Petua 3
Ambil 2 biji epal hijau, buang
kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk.
Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan
selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda
akan lebih segar.
Petua 4
Ambil beberapa batang serai
yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air
rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari.
InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.
Petua 5
Ambil 3 biji pisang kelat yang
masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.
Petua 6
Ambil air kelapa muda segelas,
dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali
seminggu.[2]
Petua 14 Herba Mengubati Darah
Tinggi
Penyakit darah tinggi adalah
antara penyakit yang payah untuk di ubati. Jika kita menghidapi darah tinggi,
pelbagai jenis makanan harus kita elakkan agar tekanan darah tidak naik.
Penghidap darah tinggi juga tidak boleh menghadapi tekanan dan kejutan. Semua
itu, boleh memudaratkan si pesakit.
Walaupun begitu, terdapat
pelbagai petua mengubati darah tinggi yang boleh saya kongsikan di sini yang
saya rasa cukup selamat untuk di cuba.
1. Daun kayu putih
Ambil daun kayu putih kira-kira
segenggam dan di cuci bersih. Rebuskan daun tersebut. Air rebusan daun kayu
putih itu boleh digunakan untuk mandi setiap pagi selama seminggu.
2. Pandan wangi
Ambil daun pandan wangi
secukupnya dan di rebus dengan dua gelas air. Air rebusan dibiarkan sehingga
menjadi setengah gelas. Setiap kali darah anda naik, minum lah air rebusan daun
pandan ini untuk menormalkan kembali tekanan darah anda.
3. Daun saderi
Amalkan memakan daun saderi
sejambak setiap hari. Anda boleh jadikan ia sebagai ulam jika mahu. Anda juga
boleh meminum air rebusan saderi dengan cara rebuskan sejambak daun saderi
dengan segelas air dn didihkan sehingga menjadi setengah gelas sahaja. Minum
setiap pagi dan ketika hendak tidur.
4. Buah belimbing
Mengamalkan makan buah
belimbing sebiji setiap hari boleh menormalkan kembali tekanan darah tinggi
anda.
5. Daun belimbing buluh
Ambil kira-kira secupak daun
belimbing buluh dan jemur hingga kering. Rebus dengan dua gelas air dan biarkan
sejuk semalaman. Minumlah air daun belimbing tersebut sebelum mengambil sarapan
pagi anda.
6. Daun pala
Ambil daun pala kira-kira
secupak dan rebus dengan menggunakan secupak air. Biarkan ia mendidih sehingga
tinggal separuh. Amalkan meminumnya pada waktu pagi dan malam selama seminggu.
7. Buah mengkudu
Buah mengkudu yang telah matang
di cuci dan dikeluarkan bijinya. Amalkan memakan buah mengkudu ini tiga hari
dalam seminggu.
8. Daun avocado
Ambil lapan helai daun avocado
dan rebuskan dengan dua gelas air, biarkan mendidih sehingga tinggal segelas.
Amalkan meminumnya sehari sekali sehingga penyakit anda sembuh.
9. Daun selada
Tumbuk lumat segenggam daun
selada, perahkan airnya sehingga mendapat setengah gelas. Minum air perahan itu
setiap hari selama tiga hari berturut-turut.
10. Timun
Jadikan timun sebagai ulambuah
timun juga dapat membantu mengurangkan penyakit darah tinggi.
11. Pucuk gelugur
Rebuskan kira-kira 20 helai
daun pucuk gelugur bersama dua gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal ¼
gelas. Minum setiap malam sebelum masuk tidur selama tiga hari berturut-turut.
12. Akar patawali
Amalkan memakan akar patawali
suku inci setiap hari. Harus diingat, rasa patawali adalah amat pahit tetapi ia
amat mujarab dalam mengubati penyakit darah tinggi.
13. Buah epal
Buah epal hijau di bersihkan
dan dikukus sehingga pecah dan lembut. Makanlah ia sebiji setiap malam selama
seminggu.
14. Daun kucai
Tumbuk hingga lumat kira-kira
secekak daun kucai dan bancuh dengan air sejuk. Perahkan airnya dan minum
setiap pagi.[3]
[1]http://darahtinggi1001.blogspot.com/2013/04/petua-islam-untuk-menurunkan-darah.html
[2] http://darahtinggi1001.blogspot.com/2013/05/6-petua-merawat-penyakit-darah-tinggi.html
[3] http://darahtinggi1001.blogspot.com/2012/06/petua-14-herba-mengubati-darah-tinggi.html
No comments:
Post a Comment