Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my
Lee Chong Wei terus bertemu
Wong Mew Choo dan anak mereka, Kingston Lee sejurus selepas menjuarai kejohanan
Terbuka Malaysia buat kali ke-10 di Stadium Putra, Bukit Jalil, kelmarin.
KUALA LUMPUR - Ramai tidak
tahu, saya suruh isteri (Wong Mew Choo) dan anak kami tinggal di rumah ibu
mertua sepanjang Terbuka Malaysia berlangsung kerana saya mahu bersendirian,"
itu antara pendedahan Datuk Lee Chong Wei ketika bercerita mengapa dia
mengambil keputusan hendak menggantung raket secara mengejut.
Jaguh No. 1 dunia itu
mendedahkan, dia terpaksa melakukan pengorbanan yang mungkin menguris hati
isterinya dalam usaha merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia ke-10.
"Hanya semalam (kelmarin,
selepas kejohanan) saya berkesempatan duduk dan meminta maaf kepadanya (Mew
Choo) kerana tidak dapat bersama dan menjenguk Kingston.
Tumpuan saya hanya untuk
menjuarai Terbuka Malaysia kali ke-10. Saya bernasib baik kerana isteri saya
juga bekas atlet, jadi dia amat memahami saya," ujarnya lagi, yang muncul
juara selepas mengalahkan Tommy Sugiarto dari Indonesia 21-19, 21-9.
Kelmarin, Chong Wei mengejutkan
peminat badminton tanahair apabila menyuarakan hasrat untuk bersara hujung
tahun ini kerana mahu memberi tumpuan kepada keluarga.
Menghurai mengenai keputusan
mengejutnya itu Chong Wei berkata, sudah tiba masanya dia menghabiskan lebih
banyak masa bersama isteri, anak mereka serta ahli keluarganya yang lain.
Memang saya ada masalah
peribadi, terutama yang membabitkan isteri dan anak.
Selama ini saya tidak ada masa
untuk mereka, bila balik berlatih sudah penat," katanya.
Dia berkata demikian selepas
majlis memeterai perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Badminton
Malaysia (BAM) dan XOX Berhad semalam.
Jelasnya, dia ada berbincang
dengan Mew Choo tentang persaraan tersebut kerana hanya isterinya sahaja yang
tahu dan memahami.
Dalam masa yang sama Chong Wei
juga sempat meluahkan perasaan yang terpendam selama ini sejak menggalas
tanggungjawab berat sebagai perseorangan No. 1 negara.
Menurut Chong Wei, ketika dia
menang semua orang gembira tetapi selepas dia kalah orang bercakap perkara yang
tidak baik tentangnya.
Saya terima semua itu kerana
saya seorang atlet.
Apa pun, saya gembira dengan
segala pencapaian yang diraih selama ini," katanya, yang akan menimbang
semula keputusannya itu selepas tamat Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan
Komanwel dan Sukan Asia tahun ini.
sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140121/su_01/Saya-kasihan-dengan-Mew-Choo#ixzz2qyihlSaW
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment