JOHOR BAHRU - Persatuan Bola
Sepak Negeri Johor (PBNJ) kesal dengan kenyataan dibuat pengurus pasukan Perak,
Datuk Azhar Ahmad yang menggelar penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)
mengamalkan budaya samseng dan pihaknya menerima layanan buruk sewaktu berkunjung
ke negeri ini pada Sabtu lalu.
Presidennya, Tunku Ismail
Sultan Ibrahim berkata, tindakan negatif tersebut hanya dilakukan oleh
segelintir pihak sahaja dan adalah tidak adil untuk pengurus itu memberi label
negatif sedemikian kepada seluruh penyokong JDT.
"Kami telah mengambil
tindakan terhadap individu yang terbabit dengan insiden tersebut, dan setahu
saya tiada penyokong Perak yang dipukul sehingga pengsan seperti didakwanya.
"Perkara yang berlaku itu
dilakukan oleh beberapa individu sahaja dan kami telah mengambil tindakan
terhadap mereka. Saya juga dimaklumkan bahawa penyokong JDT yang lain turut
membantu menyuraikan kekecohan yang berlaku pada malam itu," katanya dalam
sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini semalam.
Tunku Mahkota Johor berkata
demikian sebagai mengulas kenyataan dikeluarkan pengurus pasukan The Bos Gaurus
itu yang mengatakan dua penyokong mereka pengsan dipukul sewaktu mahu
menyaksikan perlawanan yang berkesudahan JDT menang 2-0 ke atas Perak.
Tambahnya, Pengerusi Jawatankuasa
Pertandingan Tempatan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Afandi Hamzah
juga tidak boleh mengambil tindakan secara terburu-buru, apatah lagi insiden
berlaku di luar stadium.
"PBNJ telah mengambil
segala langkah keselamatan yang perlu untuk memastikan keselamatan penyokong
kedua-dua belah pihak di dalam dan luar stadium terjamin.
"Kami juga telah memohon
bantuan daripada lebih 700 anggota keselamatan untuk memastikan perlawanan yang
berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos berjalan dalam keadaan aman,"
ujarnya lagi.
sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140121/su_05/PBNJ-kesal-kenyataan-pengurus-Perak#ixzz2r0PkHfzw
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment