GAMBAR pemandangan dari udara
yang dirakam Tentera Udara Diraja New Zealand menunjukkan kemusnahan yang
dibawa puting beliung Ian di Pulau Foa, Tonga semalam. - AFP
NUKU'ALOFA, Tonga -
Sekurang-kurangnya seorang terbunuh apabila puting beliung Ian membadai
kepulauan Ha'pai di utara Tonga, menurut beberapa laporan semalam.
Bencana itu turut menyebabkan
kemusnahan besar dengan sejumlah kediaman ranap dan banyak pokok tumbang.
Kepulauan berkenaan yang dihuni
oleh sekitar 8,000 penduduk merupakan destinasi popular dalam kalangan
pelancong asing.
"Setakat semalam seorang
disahkan terbunuh manakala sebahagian besar rumah di Ha'pai ranap manakala
pokok dan tiang elektrik tumbang," kata ketua Palang Merah Tonga, Sione
Taumoefolau.
Susulan perkembangan tersebut,
kerajaan New Zealand mengumumkan bantuan segera berjumlah AS$41,500 (RM135,642)
selain menghantar sebuah pesawat untuk memantau kawasan yang terjejas.
Setakat semalam, puting beliung
Ian melanda Tonga dengan membawa angin selaju 259 kilometer sejam . - AFP
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 13.1.14
No comments:
Post a Comment