AFP
GUNUNG SINABUNG memuntahkan
lahar dekat Karo di Sumatera Utara baru-baru
ini.
JAKARTA - Gunung Sinabung di
barat Sumatera terus memuntahkan batu panas dan lahar sehingga memaksa lebih
25,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka, kata seorang pegawai semalam.
Pengarah Mitigasi Bencana
Kebangsaan, Tri Budiarto berkata, gunung berapi setinggi 5,000 meter berulang
kali memuntahkan batu panas dan gas sejak kelmarin.
"Sehingga kini, seramai
25,516 penduduk telah dipindahkan dan tiada sesiapa dibenarkan untuk berada
dalam lingkungan lima kilometer dari kawasan letusan," kata Budiarto.
"Kami juga meminta mereka
yang tinggal dalam lingkungan tujuh kilometer dari gunung berkenaan supaya
berpindah atas faktor keselamatan," tambahnya.
Menurut Budiarto, lahar panas
yang mengalir dari gunung tersebut sejak beberapa minggu lalu kini melimpah ke
dalam beberapa batang sungai di sekitarnya.
"Berlaku letupan apabila
lahar panas ini memasuki sungai tetapi tiada sebarang kemalangan jiwa
dilaporkan setakat ini.
"Kami menasihati penduduk
tidak menjalankan sebarang aktiviti di kawasan sungai yang terjejas,'' katanya.
- AFP
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 13.1.14
No comments:
Post a Comment