Ad

Monday 13 January 2014

Seekor kambing dijual harga RM1

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my
 
OSMAN menunjukkan replika wang RM1 untuk membeli seekor kambing bagi bayi yang lahir pada tarih Maulidur Rasul di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul tahun ini, Osman Goat Farm yang merupakan syarikat pembekal kambing hidup di sini kembali mengadakan promosi dengan menawarkan seekor kambing pada harga RM1 bagi setiap bayi Islam yang dilahirkan pada tarikh Maulidur Rasul yang disambut esok.

Pengarah Urusannya, Osman Cheya Kutty berkata, pihaknya mengadakan program dinamakan Akikah Perdana bagi meringankan beban ibu bapa yang ingin membuat ibadah akikah.

Katanya, setakat ini, harga istimewa tersebut hanya ditawarkan kepada ibu yang melahirkan anak mereka di hospital kerajaan seluruh negeri Johor sebelum diperluas ke hospital swasta.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE 13.1.14

No comments:

Post a Comment