WARTAWAN SINAR HARIAN
21 Januari 2014
PERSAINGAN untuk merebut Piala
FA bermula malam ini dengan perhatian sudah tentu terarah di Ipoh apabila Perak
melayan kunjungan juara Piala Malaysia 2013, Pahang.
Di atas kertas, pasukan pelawat
bimbingan Ronald Smith memiliki kelebihan moral berdasarkan kemenangan pertama
yang diraih ke atas Lions XII pada aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga-M)
2014, Jumaat lalu.
Tanpa kelibat Dickson Nwakaeme
yang cedera, Tok Gajah dilihat masih mampu menghadirkan ancaman menerusi
gandingan Azamuddin Akil dan Matias Ruben Conti di jentera serangan.
Perak pula sudah tentu mahu
melakukan kebangkitan selepas mencatat kekalahan pertama musim ini dalam
saingan Liga Super.
Beraksi di laman sendiri selain
sokongan padu penyokong, menjadi tonik buat The Bos Gaurus bangkit mencipta
kemenangan seterusnya meneruskan kemaraan ke pusingan kedua.
Pada masa sama, pemenang Piala
FA 1990 dan 2004 itu mengharapkan sentuhan import baharu, Zelimir Terkes dan
Kyaw Zyar Win menjadi.
Selain pertemuan Perak dan
Pahang, 12 lagi perlawanan bakal dilangsungkan melibatkan tiga perlawanan di
sebelah petang dan sembilan pertembungan di sebelah malam.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 21.1.14
No comments:
Post a Comment