ROSILAWATI ROSEDI
21 Januari 2014
Smith: Perak bukan lawan mudah
Smith (kanan) bersama penolongnya, Zainal Abidin Hassan (dua kanan) sewaktu
mengendalikan latihan pasukan Pahang, semalam.
JANGAN pandang mudah keupayaan
lawan. Itu pesan pengendali Pahang, Ronald Smith kepada anak buahnya menjelang
pertembungan Piala FA menentang Perak di Stadium Perak, malam ini.
Menurutnya, selepas melihat
aksi lawan ketika menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) Sabtu lalu, Smith menilai
Perak sebagai sebuah pasukan yang baik kerana mampu menyekat gawang daripada
dibolosi lebih banyak gol meskipun berdepan skuad bintang JDT.
“Perak adalah lawan yang sukar,
mereka bagus dan kita tak boleh pandang ringan pertemuan ini.
"Permainan Perak tersusun
dan pertahanan pun bagus hingga JDT pun sukar nak membolosi gawang
mereka," katanya.
Justeru, pengendali berusia 64
tahun itu mahu pemainnya berwaspada dan mengelak kesilapan kecil yang boleh
mengundang padah.
Dalam pada itu, Smith akui
kecederaan dialami penyerang, Dickson Nwakaeme dan pemain tengahnya, R
Surendran sedikit menjejaskan pasukan itu namun yakin dengan kemampuan pemain
lain yang bakal menggantikan mereka.
“Yang penting latihan
berterusan dan terus meningkatkan dan memperbaiki kelemahan yang ada jika mahu
muncul pasukan berjaya,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN ONLINE 21.1.14
Betul kata Smith. Pahang cumamenang menerusi tengangan penalti sahaja.
ReplyDelete