Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM
luqmanhakim.rahim@kosmo.com.my
BARISAN pemain Pahang meraikan
kejayaan muncul sebagai juara Piala Sultan Ahmad Shah di Stadium Darul Makmur,
Kuantan, Jumaat lalu.
PAHANG mahu memastikan momentum
kemenangan berterusan apabila turun menentang Perak pada pusingan pertama Piala
FA di Stadium Perak, Ipoh malam ini.
Masih segar dengan kejayaan
merangkul Piala Sultan Ahmad Shah ketika menewaskan Lions XII 1-0 di Kuantan (Jumaat
lalu), skuad Tok Gajah turut mengimpikan untuk pergi lebih jauh dalam kempen
kalah mati itu.
Bagaimanapun, bertandang ke
tempat lawan tetap menimbulkan rasa gerun buat Pahang kerana mereka sedar
pasukan tuan rumah memiliki kelebihan bermain di gelanggang sendiri.
Lebih-lebih lagi Perak pasti
mahu bangkit daripada kekala- han pertama dalam aksi pembukaan Liga Super
menentang Johor Darul Takzim di Larkin, Sabtu lalu.
"Kita perlu berhati-hati
kerana perlu beraksi di tempat lawan dan hanya bermain sekali dalam pusingan
pertama Piala FA ini.
"Jadi, siapa yang menang
akan terus melangkah ke pusi- ngan seterusnya, yang kalah akan berputih mata.
"Yang penting, kita dapat
bermain dengan rentak yang sebenar, segala kelemahan yang ketara dalam
perlawanan sebelum ini harus segera diperbaiki untuk membentuk permainan yang
mantap," kata penolong jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan kepada
Kosmo! semalam.
Mengenai kesebelasan utama,
Zainal memberitahu, beliau mampu menarik nafas lega apabila tonggak pertahanan,
Saiful Nizam Miswan sudah kembali cergas selepas mengalami kece- deraan buku
lali kanan.
Situasi dua tonggak, R. Suren-
dren dan Dickson Nwakaeme yang dilanda kecederaan ketika beraksi menentang
Lions XII pula masih lagi menjadi tanda tanya.
"Surendren dan Nwakaeme
hanya menjalani latihan ringan dan keputusan sama ada akan bermain masih lagi
tidak diketahui, namun saya berharap mereka segera sembuh," jelas beliau.
KOSMO ONLINE 21.1.14
No comments:
Post a Comment