Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
fazli.yadi@kosmo.com.my
Sathianathan
BERSANDARKAN rekod terdahulu,
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) cukup gah ketika mengharu- ngi saingan Piala
Malaysia, Liga Super mahupun Liga Premier.
Namun, lain pula cerita skuad
The Gladiators itu dalam kempen Piala FA.
Ini kerana sejak B.
Sathianathan (gambar) membimbing ATM pada 2011, kempen Piala FA boleh dianggap
‘badi’ buat anak-anak buahnya apabila mereka gagal melepasi ‘ranjau awal’.
Justeru, Sathianathan bertekad
untuk membuka buku baharu bermula pertemuan menentang Sime Darby pada aksi
pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini.
“Cukuplah dengan kegagalan pada
tiga musim lalu. Saya dah serik dan bosan balik awal daripada saingan Piala FA.
“Saya tidak tahu kenapa Piala
FA diibaratkan seperti ‘badi’ kepada saya ketika membimbing ATM sejak 2011.
Kami terlalu kerap terkandas awal. Jadi, saya mahu barisan pemain saya
membuktikan ‘badi’ itu mitos sahaja.
“Apa yang pasti, ATM sudah
bersedia untuk berdepan dengan Sime Darby dalam misi melangkah lebih jauh dalam
kempen Piala FA musim ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.
Pada musim 2011, ATM sekadar
beraksi pada pusingan kedua apabila tewas 2-3 kepada Terengganu di Stadium
Majlis Perbandaran Selayang.
Setahun kemudian, The
Gladiators gagal melepasi pusingan pertama sejurus tewas 0-1 kepada Perak di
Stadium Perak, Ipoh.
Musim lalu turut menyaksikan
langkah ATM terhenti pada pusingan pertama apabila tewas 2-3 kepada Selangor
menerusi penentuan sepakan penalti di Shah Alam.
No comments:
Post a Comment