Ad

Monday, 20 January 2014

‘Saya harus tunai 2 misi’


‘Saya harus tunai 2 misi’

Revington bersama Dharma Raj pada sidang media peletakkan jawatannya, di Bukit Jalil, semalam.
Kuala lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan yang baru, Muhammad Dharma Raj Abdullah mengakui betapa dia berdepan cabaran getir apa lagi Piala Dunia di Belanda hanya berbaki kira-kira lima bulan sebelum mengharungi Sukan Asia di Korea Selatan, September ini.

Kedua-dua tugasan itu bagi Dharma penting bukan saja untuk memastikan slot ke Piala Dunia di bawah ketua jurulatih Paul Revington sebelum ini tidak sia-sia tetapi juga buat mencapai sasaran diletakkan di Korea Selatan iaitu meraih pingat emas.


“Bagi saya, saya perlu membentuk satu pasukan yang kuat selain menggalas sasaran pingat emas di Sukan Asia. Tugasan di Piala Dunia pula, bukan mudah untuk menang pingat tetapi saya akan cuba menggunakan pemain muda dan pemain yang sedia ada.

Sumber: Berita Harian online 21.1.14

No comments:

Post a Comment