Ad

Monday, 20 January 2014

Khairy terima peletakan jawatan Revington

PUTRAJAYA 20 Jan. - Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju dengan peletakan jawatan Paul Revington sebagai ketua jurulatih ketika skuad hoki negara bakal menghadapi saingan Piala Dunia 2014 di Belanda, Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, MSN, selaku majikan, menerima keputusan jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu selaras dengan keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

"Kita nampak macam beliau sudah tiada semangat untuk terus bersama kita," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kontrak antara pelumba go-kart, Adam Haikal Mazrul Haizad dan ART Grand Prix di pejabatnya di sini hari ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Revington atas sumbangannya sejak membimbing skuad hoki negara pada Oktober 2012, Khairy berkata, skuad negara perlu melihat ke hadapan dengan menumpukan perhatian terhadap banyak kejohanan penting tahun ini.

Beliau berkata, pembantu jurulatih skuad senior, Muhammad Dharma Raj Abdullah akan mengisi jawatan Revington. - BERNAMA

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140120/su_12/Khairy-terima-peletakan-jawatan-Revington#ixzz2r0hILeXK © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment