Ad

Monday, 20 January 2014

Nasib 10 pemain KL diketahui 28 Januari?


 

KUALA LUMPUR - Nasib sepuluh pemain Kuala Lumpur yang didakwa terlibat dengan perbuatan mengatur perlawanan dan rasuah mungkin akan diketahui pada 28 Januari ini sekiranya tiada sebarang pertambahan maklumat baharu.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufek Abdul Razak (gambar) berkata, setakat ini beliau tidak dapat memberi sebarang kepastian sekiranya terdapat nama baharu yang akan dipanggil untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Para pemain akan dipanggil dalam tiga sesi untuk memberi keterangan, tiga pemain akan dipanggil pada Rabu ini manakala tiga lagi pada hari Jumaat dan baki empat pemain akan dipanggil pada 28 Januari.

"Sekiranya tiada apa-apa yang baharu, kemungkinan hukuman akan dijatuhkan pada hari itu (28 Januari)," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Sepuluh pemain Kuala Lumpur yang akan memberikan keterangan kepada jawatankuasa itu ialah Hishamuddin Othman, Ahmad Jihad Ismail, Mohd. Munir Amran, Syafiq Johari, Badrul Hisyam Azmi, Mohd. Ar'ra'uf Roslee, Ahmad Dashila Tajudin, Muhd. Rafef Raya, Muhd. Hanis Mohtar dan Muhd. Taufiq Mohd. Shukor.

Difahamkan kesemua pemain yang disyaki terlibat sudah menyerahkan kenyataan pembelaan dalam surat pertuduhan kepada pihak jawatakuasa pada Khamis lalu.

SUMBER: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140120/su_03/Nasib-10-pemain-KL-diketahui-28-Januari#ixzz2r0iKdmGd © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment