Lee Chong Wei mara ke
perlawanan akhir Terbuka Korea di Seoul selepas menang mudah 21-17, 21-17 ke
atas Kenichi Tago.
KUALA LUMPUR - Jaguh nombor
satu dunia Datuk Lee Chong Wei menghampiri kejuaraan sulung bagi musim 2014
apabila mara ke perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea Selatan selepas
mengalahkan pilihan kelima, Kenichi Tago dari Jepun dalam perlawanan separuh
akhir di Stadium SK Handball, Seoul semalam.
Pemain pilihan pertama
kejohanan itu hanya memerlukan masa 51 minit untuk mencatat kemenangan straight
set 21-17, 21-17 ke atas Tago.
Menanti Chong Wei di perlawanan
akhir yang akan berlangsung hari ini ialah Chen Long dari China yang sebelum
itu mudah menjinakkan pemain pilihan keenam dari Thailand, Boonsak Ponsana
21-15, 21-9.
Mengikut rekod pertemuan,
kedua-dua pemain ini terikat 7-7 selepas 14 kali bertemu, namun Chen Long
dilihat mempunyai kelebihan dari segi psikologi kerana mengalahkan Chong Wei
tiga kali berturut-turut dalam tiga pertemuan terakhir mereka.
Bagaimanapun, Chong Wei tidak
melihat kekalahan kepada Chen Long di perlawanan akhir Siri Super Premier
Terbuka Denmark 2013, All-England 2013 dan Siri Super Terbuka Hong Kong 2012
mampu memberikan kegusaran buatnya menjelang perlawanan akhir hari ini.
Saya hanya fikirkan kejuaraan,
bukannya siapa yang akan saya jumpa dalam perlawanan akhir. Sudah tentu saya
mahu memburu kejuaraan pertama dalam tahun baharu ini," katanya yang masih
segar dengan kejuaraan Siri Super Akhir 2013 di Kuala Lumpur bulan lepas.
Jelasnya, semua pemain mahu
memulakan aksi 2014 dengan meraih kejuaraan sulung, tidak terkecuali dirinya
walaupun sedar bukan tugas mudah untuk menumpaskan pemain di ranking no. 2
dunia itu.
Setidak-tidaknya mara ke
perlawanan akhir adalah permulaan yang baik buat saya untuk musim 2014, sebelum
ini saya ingat akan tewas kepada Tago tetapi akhirnya menang dan berjaya mara
ke pusingan seterusnya," katanya.
Sementara itu, jurulatih
perseorangan negara, Rashid Sidek berkata, perlawanan akhir yang akan
berlangsung antara Chong Wei dan Chen Long diramal sangat sukar dan peluangnya
50-50.
Melihat kepada permainan Chong
Wei hari ini (semalam) dia mempunyai kelebihan dari segi pertahanan dan serangan
yang padu, walaupun Tago telah berjaya menunjukkan kematangan ketika beraksi
serta sukar untuk menumpaskannya," kata bekas pemain perseorangan negara
itu.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140112/su_02/Chong-Wei-jumpa-Chen-Long#ixzz2q8mkuycW
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment