Ad

Saturday, 4 January 2014

Dapur di Malaysia, ruang tamu di Indonesia

 
ANUAR Patagang menunjukkan batu sempadan di depan rumahnya.
JIKA mahu bertegas mematuhi undang-undang, barangkali Jabatan Imigresen Malaysia dan Indonesia perlu membuka pejabat di hadapan rumah Anuar Patagang, 50, bagi mengelakkan dia dan keluarganya daripada masuk ke sempadan dua negara secara haram.

Ini kerana sebahagian besar rumahnya yang bermula dari ruang tamu terletak di tanah milik Malaysia, namun sebaik sahaja melangkah keluar ke tempat meletak kereta, kawasan itu sudah menjadi milik Indonesia.

Begitu juga dengan jirannya yang gagal ditemui S2 disebabkan keluar bekerja. Bahagian dapurnya berada di Malaysia, manakala ruang tamu di rumahnya pula terletak di kawasan milik Indonesia.

Menurut Anuar, sepanjang 30 tahun dia bersama isterinya yang merupakan warga Indonesia tinggal di situ, mereka tidak menghadapi sebarang masalah sama ada dari pihak berkuasa Malaysia mahu pun Indonesia.

"Saya sudah menerima kerakyatan Malaysia walaupun berasal dari Gowa, Makassar dan pernah tiga kali mengundi. Tetapi isteri masih lagi warga Indonesia dan mengundi di sana.

"Kami mempunyai sembilan cahaya mata yang kesemuanya mempunyai sijil kelahiran Malaysia kerana lahir di Hospital Table, Tawau. Kesemua mereka tinggal di seberang Sungai Aji Kuning di tanah milik Malaysia," katanya.

Bercerita mengenai kehidupannya sehari-hari, Anuar berkata, beliau menyara kehidupan dengan berkebun di Sungai Limau yang terletak di bawah jajahan Indonesia.

"Tetapi saya tidak perlukan pasport. Jika menetap di sini, pihak keselamatan tidak begitu mengambil peduli kerana mereka saling mengenali," katanya yang memiliki sebuah motosikal dan kereta dengan nombor pendaftaran Indonesia yang didaftarkan di atas nama isterinya.

Tambahnya, meskipun klinik kesihatan dikelolakan kerajaan Indonesia lebih dekat di situ, kebanyakan penduduk di situ sama ada warga Malaysia atau Indonesia tetap akan ke Tawau untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tawau.

"Kualiti ubatnya lebih baik di seberang (Tawau). Lagi pula kalau turun ke sana, kami akan membeli barangan keperluan harian. Di sini, boleh dikatakan kesemua barangan rumah berasal dari Malaysia.

"Bukan saja harganya lebih murah (barangan subsidi), malah tidak pernah habis. Kalau barangan di sini yang dibawa dari Tarakan, Indonesia, selalunya cepat habis

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Laporan_Khas/20140104/lk_03/Dapur-di-Malaysia-ruang-tamu-di-Indonesia#ixzz2pR9AEhJH © Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment