Oleh YATIMIN ABDULLAH
sukan@kosmo.com.my
FORKEY DOE (kiri) muka baharu
yang menyertai Kelantan musim ini.
DUA peledak import Kelantan -
Mohammed Ghaddar dan Francis Forkey Doe perlu bersaing sesama sendiri jika mahu
membarisi kesebelasan utama bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M)
musim ini.
Pengendali Kelantan, Steve
Darby berkata, beliau masih belum membuat keputusan, siapakah di antara
kedua-dua pemain itu yang bakal menjadi pilihan untuk mengetuai jentera
serangan The Red Warriors.
Menurutnya, baik Ghaddar
mahupun Forkey Doe, mereka mempunyai kelebihan masing-masing sehingga
menyukarkan beliau untuk membuat keputusan.
"Hanya Obinna Nwaneri dan
Mohammed Shawky hampir pasti berada dalam senarai utama pasukan selepas
kedua-duanya memperagakan aksi mantap sepanjang aksi persahabatan sebelum ini.
"Cuma untuk jentera
serangan, Ghaddar dan Forkey Doe perlu berentap untuk merebut tempat. Ini
kerana saya mahu pemain tempatan bergandingan dengan salah seorang daripada
mereka," katanya.
Darby berkata demikian ketika
ditemui pemberita selepas tamat aksi persahabatan antara Kelantan dengan
Phattalung FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin.
Kelantan beraksi cemerlang
apabila menang 4-0 menerusi jaringan hatrik Ghaddar selain satu gol sumbangan
Ahmad Fakri Saari.
Darby memberitahu, Forkey Doe
tidak dapat diturunkan pada perlawanan itu selepas mengalami kecederaan ketika
pertemuan dengan Perlis minggu lalu.
"Bagaimanapun, Darby
berharap dia akan pulih sebelum pertemuan sulung Liga Super menentang Sime
Darby di gelanggang sendiri Sabtu ini," jelas Darby.
Darby turut berpuas hati dengan
persembahan barisan pemain yang mempamerkan aksi bertenaga sepanjang perlawanan
tersebut.
Katanya, gandingan antara Amar
Rohidan bersama kapten, Mohd. Badhri Radzi dan Shawky di jentera tengah
bertambah baik.
"Apa yang dapat saya lihat
sepanjang aksi persahabatan ini, semua pemain bekerja keras dan tahap
kecergasan mereka berada pada tahap terbaik. Ia merupakan sesuatu yang baik
buat pasukan," ujarnya.
SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE
11.1.14
No comments:
Post a Comment