Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my
Norshahrul Idlan Talaha
KUALA LUMPUR - Pertambahan
kuota pemain import daripada tiga kepada empat slot serta peningkatan
perbelanjaan pada setiap pasukan yang bertanding, menjadi dua elemen penarik
kepada kemeriahan Liga Malaysia yang bakal menemukan sepuluh lagi pasukan pada
malam ini selepas Pahang berdepan LionsXII pada perlawanan sumbangsih bagi
merebut Piala Sultan Ahmad Shah, semalam.
Berkisar mengenai soal
perbelanjaan, seperti mana musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) yang hampa
tanpa meraih sebarang trofi sekali lagi menarik perhatian ramai apabila
melakukan pelaburan besar-besaran menarik bintang-bintang tempatan dan tidak
terkecuali pemain kelas dunia, Pablo Aimar.
Berbanding sebelum ini,
persiapan JDT nampak lebih menyeluruh di segenap posisi dengan penyertaan lebih
50 peratus pemain kebangsaan di dalam skuad Harimau Selatan itu.
Mereka jelas terlalu gagah
untuk dicabar oleh mana-mana pasukan jika perbandingan di atas kertas dijadikan
rujukan.
Jika dibuat penilaian pasukan
manakah mampu mencabar kredibiliti JDT terutama pada perebutan Liga Super,
beberapa pasukan seperti Selangor, Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dan Pahang boleh dianggap ada ramuan menyekat Harimau Selatan.
Juara musim lalu, LionsXII
tampak sedikit tempang selepas kehilangan lima pemain utama.
Biarpun ketiadaan beberapa
orang penting dalam pasukan. Mohd. Amri Yahyah, Asraruddin Putra Omar, Mahalli
Jasuli dan Francis Forkey Doe, skuad Red Giants melakukan pembaharuan
besar-besaran dengan membawa bekas penyerang import Perak, Paolo Rangel serta
dua pemain Harimau Muda A, A. Thamil Arasu dan Ahmad Hazwan Bakri seolah-olah
memberikan suntikan terbaru kepada pasukan dan peminat setia Selangor.
Juara Piala FA, Kelantan yang
menerima tamparan seperti mana Selangor apabila penghijrahan pemain-pemain
utamanya, terpaksa bergantung kepada beberapa pemain sedia ada serta
mendapatkan pengganti yang boleh ditakrifkan tidak seberapa namun kesetiaan
kapten, Mohd. Badhri Maohd. Radzi dan kepulangan semula Mohamad Ghaddar memberi
sedikit pengharapan The Red Warriors .
Jika ada perbandingan rekod
pasukan, manakah secara purata menggunakan pemain paling tua, anugerah itu
mungkin sesuai menjadi milik ATM yang bakal mempertaruhkan ramai orang lama
dengan kudrat Marlon Alex James di bahagian serangan akan terus ditagih tetapi
kali ini turut dibantu oleh wira Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) pada
perlawanan akhir Piala Malaysia 2003, Juan Manuel Arostegui.
Sementara itu, Pahang yang
masih gah dengan kejuaraan Piala Malaysia pada musim lalu, mengekalkan
kira-kira 90 peratus pemain yang sama cuma kehilangan Mohd. Amirulhadi Zainal
yang memilih haluan ke Johor DT.
Skuad Tok Gajah yang menjuarai
Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan LionsXII 1-0 semalam dijangka
berdepan kepincangan di bahagian tengah tetapi pengambilan Dickson Nwakaeme,
bekas pemain import Kelantan, membuka banyak pilihan buat jurulatih baru dari
Australia, Ronald Smith di jentera serangan.
Peluang untuk LionsXII
mempertahankan kejuaraan musim lalu dianggap sukar namun tidak mustahil
walaupun Shahril Ishak, Baihakki Khaizan dan Hariss Harun sudah tiada lagi di
dalam pasukan, ekoran mereka masih ada mempunyai pengganti setanding namun
cetek daripada segi pengalaman.
Menyentuh cabaran pasukan lain,
Terengganu tetap mempunyai keupayaan mencabar kelompok pasukan atasan biarpun
persiapan mereka kelihatan sepi daripada sebarang publisiti apatah menerima
kembali sentuhan jurulatih veteran, Abdul Rahman Ibrahim, selain Nor Farhan
Muhammad, Zairo Anuar Zailani serta Mohd. Faiz Subri. menguatkan lagi cabaran
skuad Penyu.
Satu-satunya pasukan yang masih
segar dengan rekod tanpa kalah pada musim lalu yang merupakan juara Liga
Perdana, Sarawak tidak boleh dipandang enteng ekoran mempunyai rekod yang baik
tiap kali bermain di tempat sendiri dan liat untuk dijinakkan manakala Sime
Darby, yang kali pertama merasai pentas Liga Super, pasti berharap mereka
kembali tersingkir dengan begitu cepat dan akan cuba bertahan pada musim ini.
Tidak dilupakan Perak, yang
persiapan fasa awal menerima tamparan hebat apabila hampir 80 peratus pemain
meninggalkan pasukan ekoran tidak puas hati mengenai cara Persatuan Bola Sepak
Perak (PAFA) mengendalikan isu rasuah dan menjual perlawanan.
Mereka pasti berharap sentuhan
Abu Bakar Fadzim mampu memastikan maruah 'The Boss Gaurus' yang tidak pernah
tersingkir dari liga utama dapat terus dipertahankan.
T-Team dan PKNS, berdepan
cabaran sukar bagi memastikan untuk kekal dalam kelompok pasukan elit liga,
amun, kehadiran jurulatih yang cukup berpengalaman iaitu Mohd. Azraai Khor
(T-Team) dan Wan Jamak Wan Hassan (PKNS) mungkin memberikan sesuatu yang
berbeza.
SUMBER:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140118/su_03/Mampukah-JDT-dicabar#ixzz2qniuRoSq
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment