Oleh
Rizar Mohd Noor Cetak Emel Kawan
Gol Amri, Figueroa ‘penyelamat’
JDT
Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim
(JDT) tidak melepaskan peluang mencipta kemenangan pada aksi pertama Liga Super
apabila menewaskan Perak 2-0 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, malam tadi.
Gol yang dijaringkan Mohd Amri
Yahyah pada minit ke-38 pada babak pertama dan Luciano Figueroa, pada
penghujung babak kedua membolehkan Harimau Selatan mengutip tiga mata.
JDT mula mencemaskan Perak
seawal minit keenam menerusi gerakan satu dua antara Pablo Aimar dan Figueroa,
namun bola rembatan leret bekas pemain Benfica itu sedikit tersasar dari gawang
gol.
Aksi menarik
Anak didik Abu Bakar Fadzim
turut mempamerkan aksi menarik apabila hampir mencemaskan pintu gol tuan rumah
pada minit ke-11 selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti JDT sebelum Mohd
Noor Hazrul Mustafa merembat kencang tetapi berjaya ditangkap penjaga gol,
Norazlan Razali.
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 19.1.14
SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 19.1.14
No comments:
Post a Comment