Oleh
Helmi Talkah
Kuala Lumpur: Beregu lelaki
nombor tiga negara, Goh V Shem-Lim Khim Wah bakal mencipta sejarah tersendiri
jika berjaya menewaskan pasangan baru China, Chai Biao-Hong Wei di final
Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, hari ini.
V Shem-Khim Wah yang kali
pertama menjejakkan kaki di pentas final kejohanan bertaraf Siri Super Premier
mara selepas menundukkan pasangan Indonesia, Angga Pratama-Ryan Agung Saputra
23-25, 21-13, 22-20 manakala Chai Biao-Hong Wei menewaskan Hiroyuki
Endo-Kenichi Hayakawa dari Jepun 21-12, 21-12 dalam aksi separuh akhir,
semalam.
“Kami belum pernah bertemu
dengan beregu China ini kerana mereka adalah pasangan baru. Apa pun, kami akan
membuat persiapan terbaik untuk berdepan dengan mereka, yang penting adalah
fokus kami sendiri.
“Keyakinan kami semakin
meningkat dan kali ini kami harap cabaran kami tidak terhenti di final saja
kerana kami mahu bergelar juara. Kami harap penonton yang hadir ke stadium
terus beri sokongan seperti mana mereka lakukan hari ini (semalam),” kata Khim
Wah.
Sebelum ini, pencapaian terbaik
V Shem-Khim Wah yang digandingkan semula buat kali ketiga bulan lalu dengan
menjuarai Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia, Mei tahun lalu selepas
menewaskan rakan senegara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.
SUMBER:BERITA HARIAN ONLINE 19.1.14
No comments:
Post a Comment