KUALA LUMPUR 20 Jan. - Ratu
lumba basikal negara, Fatehah Mustapa berjaya menamatkan penantian selama tujuh
tahun apabila memenangi pingat perak acara keirin pada kejohanan Siri Piala
Dunia Klasik III di Guadalajara, Mexico hari ini.
Sejak mula menyertai kejohanan
itu di Sydney pada 2007, Fatehah belum merasai nikmat dikalungkan pingat dalam
kejohanan berbasikal trek kedua terbesar itu selepas Kejohanan Trek Dunia,
tetapi pagi tadi dia berjaya menggapai impian tersebut seterusnya berada di
landasan terbaik untuk terus menyerlah tahun ini.
Fatehah terpaksa akur dengan
kehebatan pelumba Hong Kong, Lee Wai Sze yang juga pemenang pingat gangsa dalam
acara tersebut di Sukan Olimpik 2012 London, bagaimana pun dia berjaya
mengetepikan pelumba Perancis, Sandie Clair yang hanya berpuas hati di tempat
ketiga. - UTUSAN ONLINE
sumber:
http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140120/su_11/Siri-Piala-Dunia-Klasik-III-Fatehah-lakar-sejarah-raih-perak#ixzz2qvxTxqa7
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment