Ad

Wednesday, 2 December 2015

Belum puas robek lawan!

Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Penyerang FELDA United Thiago Augusto Fernandes mahu meneruskan rentak jaringan apabila bertemu Kedah pada separuh akhir pertama Piala Malaysia malam ini.

Penyerang Brazil itu yang hadir selepas jendela perpindahan kedua beberapa bulan lalu sudah meledak 11 gol dengan enam daripadanya pada aksi Piala Malaysia.
“Saya gembira dengan rentak jaringan yang mampu saya hasilkan ketika ini. Saya mahu teruskan di separuh akhir bagi membantu pasukan.
“Situasi semasa membantu saya membina keyakinan diri untuk terus cemerlang,” kata penyerang tinggi lampai itu.
Dia menjadi sandaran utama jurulatih Irfan Bakti Abu Salim untuk meledak jaringan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam ini dalam merealisasikan misi The Fighters ke final.
“Saya mendapat sokongan yang bagus daripada rakan sepasukan. Saya tidak berdepan masalah untuk mencipta jaringan kerana FELDA United mempunyai sejumlah pemain tempatan yang bagus,” katanya.
Katanya, mereka mahu mencari keputusan positif di laman sendiri kerana sedar aksi separuh akhir kedua pasti sukar di tempat lawan.
FELDA United tidak dapat menurunkan dua tonggak iaitu Indra Putra Mahayuddin (penggantungan) dan Christie Jayaseelan (kecederaan).
Fauzan Dzulkifli dijangka mengisi kekosongan yang ditinggalkan Indra Putra di bahagian tengah manakala Ferris Daniel Mat Nasir dijangka menggantikan Christie di bahagian sayap.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 9:15 AM

- SUMBER: http://www.hmetro.com.my/node/97333#sthash.WrYgSQV7.dpuf

No comments:

Post a Comment