Ad

Wednesday, 2 December 2015

Kedah bangkit ikat Felda United

SUBKHI SUDARJI
2 DISEMBER 2015
Kedah bangkit ikat Felda United Pemain Felda United Fernandes Thiago Augusto (kanan) menjaringkan gol ketika perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang hari ini. - Foto Bernama

KEDAH memiliki bekalan selesa menjelang aksi timbal balik di laman sendiri apabila berjaya mengikat Felda United 2-2 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2015 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Satu gol dari Sandro Da Silva dan Chidi Edeh disetiap babak cukup bermakna buat pelawat dalam saingan yang mengambil kira jaringan tempat lawan satu kelebihan.

Dua kali ketinggalan tidak mematahkan semangat barisan temain Lang Merah yang mempamerkan semangat juang memburu gol.

Turun tanpa Baddrol Bakhtiar yang digantung perlawanan, rentak Kedah dilihat sedikit goyang dengan tuan rumah lebih mendominasi bahagian tengah.

Pelawat mula mengatur gerakan pada minit ke 10 namun larian penyerang importnya, Chidi Edeh dalam kotak penalti dikesan offside.

Gawang pelawat terlebih dahulu dibocori apabila Fernandes Thiago Augusto bijak mengwaskan Mohamad Firdaus untuk gol pertama pada minit ke 13.

Gol tersebut nyata menyentap semangat barisan pemain Kedah yang mula bangkit mempamerkan aksi sebenar melalui serangan dibahagian sayap serta tengah diterajui gandingan import Sandro dan Chidi.

Ternyata usaha berterusan pemain Kedah berhasil apabila Sandro bijak menanduk hantaran lintang dari Mohd Syazwan Zainon pada minit ke 35.

Walaupun Farizal Harun berjaya mengeluarkan bola tersebut namun pemain Kedah membuat bantahan memaklumkan bola telah melepasi garisan gol.

Pengadil perlawanan Mohd Zohri Tajudin akhirnya membenarkan gol tersebut selepas mendapat pandangan daripada Penolong Pengadil Tambahan I, Wan Zainudin Harun yang mengesahkan gol tersebut untuk memastikan kedudukan terikat 1-1.

Memasuki babak kedua, Kedah mempamerkan aksi bertahan dengan serangan bertali arus dari tuan rumah namun kekentalan benteng dipimpin Bang Seung Hwan dan Khairul Helmi Johari memastikan benteng pelawat terus kebal.

Kedah ketinggalan kali kedua pada minit ke 54 apabila Thiago sekali lagi mempamerkan kemahiran individu apabila menyempurnakan hantaran Zah Rahan Krangar sebelum menewaskan Mohamad Firdaus buat kali kedua.

Keriangan pemain Felda United meraikan gol kedua tidak berpanjangan apabila selang enam minit kemudian Chidi Edeh bijak menyambar hantaran lintang dari rakan sepasukan untuk menyamakan kedudukan.

Berbaki 20 minit separuh masa kedua, tahap disiplin dan kekentalan benteng memastikan kedudukan kekal 2-2 sehingga tamat perlawanan.

SUMBER-SINAR HARIAN  2 DISEMBER 2015

No comments:

Post a Comment