Ad

Sunday, 6 December 2015

Piala Malaysia: Siapa bakal ke final?

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA
6 DISEMBER 2015
Piala Malaysia Piala Malaysia

KURANG empat jam sahaja lagi, pasukan mana yang layak ke pentas final Piala Malaysia 2015, bakal terjawab.

Adakah ianya milik Kedah yang berkelebihan dua jaringan selepas merekodkan keputusan seri, 2-2, berdepan Felda United di Stadium Selayang?

Mampukah Felda yang terkenal dengan jolokan The Fighters 'amuk' di hadapan penyokong Lang Merah di Stadium Darul Aman, malam ini?

Apakah kemampuan sebenar Selangor dalam mengekang kemaraan juara bertahan, Pahang di Stadium Shah Alam malam ini?

Adakah Pahang mampu menjelmakan kemenangan sekaligus meranapkan impian The Red Giants yang dalam misi memburu kejuaraan buat kali ke-33?

Semua persoalan ini akan terjawab. Hanya dua pasukan yang akan menempatkan diri, sama ada Kedah/Felda dan Selangor/Pahang.

Jika dinilai, empat pasukan itu mempunyai kelebihan tersendiri. Baik Kedah, Felda, Selangor mahupun Pahang.

Sudah tentu aksi sengit empat pasukan akan dipamerkan.

Di sini, hanya satu kesilapan sahaja mampu mengundang padah buat pasukan bertanding.

Meranapkan impian untuk beraksi ke pentas final, Sabtu ini.

Mengakui situasi itu, pengendali Selangor, Mehmet Durakovic menjelaskan, pasukannya sudah bersedia untuk menampilkan aksi terbaik, sama seperti beraksi di Stadium Darul Makmur dalam aksi separuh akhir pertama.

Jelas Duracovic, apa yang perlu dilakukan oleh anak buahnya adalah memberikan sepenuh tumpuan dalam tempoh 90 minit perlawanan.

“Tidak mudah lawan Pahang. Kami perlu fokus,” katanya kepada Sinar Harian.

Sekarang, sama-sama kita nantikan, milik siapakah pentas final Piala Malaysia 2015!

Sumber-SINAR HARIAN ONLINE 6.12.2015

No comments:

Post a Comment