Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI dan
AMMAR JAZLAN MAD LELA
GUILHERME menjaringkan gol
pertama ketika membantu Selangor menewaskan Pahang 2-0 pada aksi separuh akhir
kedua Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi.
SELANGOR semakin hampir untuk
menyelesaikan Misi 33 yang diidamkan mereka selama ini apabila berjaya mara ke
perlawanan akhir Piala Malaysia 2015 selepas membenam Pahang 2-0 pada aksi
separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.
Meskipun Pahang dilihat
menguasai perlawanan serta mencipta deretan peluang, namun ketumpulan jentera
serangan Tok Gajah selain aksi cemerlang penjaga gol Selangor, Norazlan Razali
menyebabkan hasrat skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan itu melangkah ke final
buat kali ketiga berturut-turut bertukar lebur.
Satu gol disudahkan pemain
import dari Brazil, Guilherme de Paula pada minit ke-10 serta jaringan kedua
disempurnakan Muhammad Nazmi Faiz Mansor (m-53) sudah cukup untuk memastikan
skuad Gergasi Merah membuat perhitungan akhir dengan Kedah, 12 Disember ini.
Babak pertama di Shah Alam
malam tadi menyaksikan Pahang melakukan banyak serangan berbahaya ke kubu
Selangor, namun dinafikan Norazlan sebelum Guilherme meledak gol pendahuluan
menerusi satu rembatan kencang.
Bersambung babak kedua,
Selangor melancarkan serangan bertali-arus ke kubu Tok Gajah dan sepakan
lencong dilakukan Nazmi akhirnya berjaya menggegarkan gawang Pahang yang
dikawal Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid bagi meletakkan Gergasi Merah lebih
selesa di hadapan dengan kedudukan 2-0.
Sementara itu di Stadium Darul
Aman, Alor Setar, Kedah menepati ramalan selaku pasukan pilihan apabila turut
mara ke saingan akhir selepas menyingkirkan Felda United dengan agregat 4-3.
Selepas seri 2-2 pada aksi
pertama di Selayang tempoh hari, skuad Helang Merah meneruskan momentum sedia
ada dengan menewaskan The Fighters 2-1 dalam saingan separuh akhir kedua di
Stadium Darul Aman.
Beraksi di depan 30,000
penonton, Helang Merah yang menguasai sebahagian besar perlawanan terlebih
dahulu tersentak selepas Felda membuka tirai jaringan menerusi Ahmad Syahmin
Yahya pada minit ke-38.
Tersentak dengan jaringan itu,
Kedah serta-merta bangkit memperkemaskan jentera penggempur untuk melakukan
serangan balas ke kubu The Fighters sebelum Chidi Edeh menyamakan kedudukan
pada minit ke-43.
Memasuki babak kedua, Helang
Merah terus memberi tekanan kepada skuad bimbingan Irfan Bakti itu melalui
asakan bertubi-tubi dan pada minit ke-50, Kedah berjaya memanfaatkan peluang
sepakan percuma yang disempurnakan Sandro Da Silva
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1207&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz3taSwdlHo
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment