27 NOVEMBER 2015
Terkejut tiba-tiba ada
RM342,044 dalam akaun bank Gambar hiasan
RIYADH - ARAB SAUDI. Seorang
lelaki terkejut selepas mendapati wang sebanyak SR303,000 (RM342, 044)
dimasukkan ke dalam akuan peribadi miliknya.
Enggan menggunakan wang
berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya menelefon pihak bank untuk mengetahui
individu yang memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.
Menurutnya, dia diberitahu oleh
pihak bank berkenaan, tiada sebarang kesilapan terhadap transaksi berkenaan.
Walau bagaimanapun, dia yang
masih tidak berpuas hati bertemu dengan pengurus bank tersebut yang terletak di
pelabuhan timur Damman untuk mengenalpasti individu yang memasukkan wang
berkenaan.
"Selepas diteliti, pihak
bank mendapati, kakitangan bank berkenaan telah melakukan kesilapan
mendepositkan wang tersebut ke akaunnya yang sepatutnya dimasukkan ke pemilik akaun
yang lain," katanya dipetik Emirates 24/7.
SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 27
NOVEMBER 2015
No comments:
Post a Comment