Oleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
AIDIL (kiri) terlepas empat
perlawanan antarabangsa dan denda RM21,000 kerana tidak mengamalkan semangat
kesukanan pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 menentang Hong Kong di Melaka
baru-baru ini.
KONFEDERASI Bola Sepak Asia
(AFC) menjatuhkan hukuman gantung sebanyak empat perlawanan termasuk denda
bernilai AS$5,000 (RM21,000) terhadap pemain pertahanan Harimau Malaya, Mohamad
Aidil Zafuan Abd. Radzak.
Menurut Jawatankuasa Disiplin
dan Etika AFC, Aidil yang didakwa tidak mengamalkan semangat kesukanan dengan
pengadil perlawanan, Christopher Beath ketika aksi kelayakan Piala Asia 2019
bertemu Hong Kong di Melaka, dikenakan hukuman tersebut berdasarkan peruntukan
dalam Artikel 50 Kod Disiplin dan Etika AFC atas kesalahan mencemarkan
permainan.
Menurut AFC, Aidil diarahkan
untuk meninggalkan padang pada minit kedua masa tambahan babak kedua tetapi
pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu masih berada di dalam kawasan permainan
selama dua minit 30 saat biarpun dia sepatutnya harus meninggalkan padang.
Katanya, pemain itu turut
didakwa telah menggunakan perkataan tidak sepatutnya serta unsur penghinaan
sebelum bersemuka dengan pengadil tersebut.
Tambahnya, Aidil juga cuba
bertindak agresif dengan mengeluarkan kata-kata tidak wajar kepada pengadil itu
sejurus tamat perlawanan tersebut yang menyaksikan skuad kendalian Nelo Vingada
seri 1-1.
“Berdasarkan peruntukan Artikel
50.1 Kod Disiplin dan Etika AFC (Edisi 2017), Aidil digantung empat perlawanan
dan penggantungan itu membabitkan aksi bertemu Hong Kong (10 Oktober), Korea
Utara (14 November) dan Lebanon (27 Mac), manakala baki penggantungan adalah
untuk satu aksi antarabangsa seterusnya.
“Selain itu, Aidil turut
dikenakan denda AS$5,000 (RM21,000) dan perlu menyelesaikan denda tersebut
dalam tempoh 30 hari selepas keputusan dikeluarkan selari dengan Kod Artikel
11.3.
“Pada masa sama, AFC turut
mengingatkan Aidil bahawa hukuman yang lebih keras akan dikenakan ke atasnya
jika kesalahan sama diulangi pada masa akan datang,” kata AFC dalam satu
kenyataan semalam.
Kosmo! sebelum ini melaporkan,
Aidil telah diarahkan keluar padang selepas dilihat menolak tangan pengadil,
Beath sebagai bantahan kepada pegawai pertandingan dari Australia itu gara-gara
memberikan sepakan penalti kepada pasukan pelawat.
Sumber-Artikel
Penuh:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4tsJhF4yI
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment