Ad

Friday 22 September 2017

Morais puji komitmen pemain

Rizar Mohd Noor
rizar@hmetro.com.my
 
TIADA apa yang mampu diungkap pengendali Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Ulisses Morais selain berterima kasih kepada setiap pemain yang komited sepanjang saingan liga untuk memastikan kejuaraan Liga Super empat musim berturut-turut menjadi milik skuad Harimau Selatan.

Malah Morais berkata, aksi terakhir Johor DT di laman sendiri ketika menewaskan Kelantan 3-0 malam tadi jelas menyerlahkan lagi kesungguhan setiap pemain yang mahukan kemenangan sebelum menjulang trofi baru.

Beliau juga menyifatkan kejuaraan yang diraih amat bermakna selepas hanya tiga bulan membimbing Johor DT menggantikan Benjamin Mora untuk merealisasikan misi pemilik pasukan itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Sudah tentu saya gembira kerana melaksanakan tanggungjawab yang dipikul dan kerjasama pemain memainkan peranan bagi mengecapi kejayaan cukup bermakna untuk kelab ini.

“Hari ini genap tiga bulan saya membimbing Johor DT dan ia tiga bulan yang cukup memberi kesan mendalam buat saya kerana berjaya membentuk skuad mantap. Tidak dilupakan barisan kejurulatihan yang turut memberi komitmen.

“Ketika saya memulakan tugasan pertama bersama Johor DT, saya sudah mengesan beberapa kelemahan yang harus diperbaiki dan dalam tempoh tiga bulan selain hasil kerja keras setiap pemain ternyata ia mampu diatasi,” katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 8:14 PM

No comments:

Post a Comment